Thursday, February 10, 2011

Kuala Lumpur --> Johor Bahru --> Singapura --> Kelantan --> Kuala Lumpur ... 29/1/2011 - 4/2/2011

Assalamualaikum...

wahhh dah lama seh x update... maybe sebab malas kot nk bukak blog nih, maklum la aku bukannya jenis yg suka nk menulis.... memandangkan tahun 2011 ni masih belum ada sebarang entry lagi, maka aku masukkan la entry aku yang terbaru ni, kebetulan pulak aku baru je balik dari men'travel'kan diri selama seminggu ke selatan dan timur tanah air malaysia ni, so ini la sedikit sebanyak pengalaman yang nak aku kongsikan.....

Sabtu (29/1/2011)

aku mulakan perjalanan ke Johor Bahru dari KL Sentral ( terima kasih Abah & Ma sebab tolong hantarkan aku masa ni... ) dengan menaiki keretapi waktu malam, sebab tu aku ambik yg katil punya, konon nak merasa la pengalaman tidur dalam train... lebih kurang pukul 11.30pm keretapi mula bergerak, so bermula lah travelling aku... mula2 tu nak cuba tidur tapi lama2 tu macam x boleh la pulak nak lena sebab keretapi asyik goyang2 je.. ahh kacau betul... lebih kurang dalam pukul 12 lebih tu aku dapat call dari andy.. dia cakap maybe kitorg x dapat pegi ke Kelantan, sebabnya laptop dia meletup so dia kena gantikan laptopnya secepat yang mungkin... aku dah fikir nak panjangkan hari aku kat Johor saja dah lepas tu, lepas tu dia bagitau nak fikirkan dulu keputusannya macamana nanti, so aku ok aje la.... lepas tu sambung la tido semula...

Ahad (30/1/2011)

lebih kurang pukul 6.30am aku sampai di terminal J.B Sentral, Ahmad Saruan yang menyambut kedatangan aku disana, dia ex-classmate aku waktu sekolah menengah dulu... aku berterima kasih sangat2 kat dia, kalau x kerana dia aku x dapat la tempat tinggal free, pengangkutan free, breakfast free... uisshh macam2 lagi la yang free... kitorg balik kuarters dia dulu, mandi2 lepas tu terus keluar breakfast, dh habis tu terus je shoot masuk Singapore, memandangkan si Saruan ni seorang Pegawai Imigresen disana so proses nak masuk kesana x mengalami banyak sangat masalah la... best la jugak sebab 1st time nak masuk nih, tapi cuaca ada sedikit mengganggu, hujan renyai2 tapi x menghalang kitorg untuk menjelajah kota singa itu haha.... habis satu Singapore kitorang pusing2 sambil posing2 snap gambar semua, yang paling aku ingat sekali masa kitorang pegi Jalan Ampas, salah satu tempat yang popular satu ketika dulu sebab ada Studio Jalan Ampas tu la kot... kitorang ceroboh masuk kat dalam kawasan studio tinggal tu, snap gambar kat dalam sana & explore habis kawasan tu, memang satu pengalaman yang berharga pada aku..... kitorang keluar dari Singapore tu dalam pukul 6.00pm, masuk je Malaysia terus call khalidah, dia ni pun ex-classmate kitorg jugak, masing2 dah lama x jumpa.... malam tu kami bertiga pegi makan steamboat kat Taman Gaya kot kalau x silap, bersembang x hingat, maklum la dah lama x jumpa so ni kira small gathering la....

Isnin (31/1/2011)

hari ni hari kurang baik sikit untuk aku... sebabnya aku boleh terdemam pulak, nasib baik kira demam setengah hari je, so aku rehat je kt rumah saruan sementara tunggu dia balik dari kerja.... malam tu saruan bawak aku pusing2 bandar J.B dgn member dia lagi sorg, sebelum tu kitorang makan sate Wak Rajol ( kalau x silap la namanya ), uuiiissshh bole tahan satenya beb, kembung jugak la perut aku ni yang memang sediakala kembung... lepas tu pegi pasar karat usha2 barang2 yang dijual, dah habis usha2 terus pegi ke Danga Bay lepak2 kt sana sampai lewat malam.... malam tu izawaty call aku mengatakan yang plan ke Kelantan akan diteruskan seperti yang dirancangkan sebelumnya, so aku kembali happy semula haha......

Selasa (1/2/2011)

hari ni aku lepak kt rumah waktu siangnya sebab macam biasa la, tunggu si saruan tu balik dari kerja.... petang tu kitorang bersiap2 nak masuk Singapore lagi... kali ni khalidah join sekali pegi dengan kitorang... nak tengok pulak view waktu malamnya, diorg kata cantik bila waktu malam kat sana.... memang cantik beb sebab kota singa tu dilimpahi dengan lampu2 pada building2nya.... kitorang apa lagi, snap2 gambar la sebab memang itu tujuannya pun, si khalidah ni yang bershopping segala bagai, maklum la baru masuk gaji la katakan minah tu.... lepas tu kitorang pegi makan seafood kt Senibung ( lebih kurang la nama dia ) kt J.B... terima kasih banyak2 kt khalidah sebab belanja kitorang makan malam tu, kenyang gila beb, woohoooo.....

Rabu (2/2/2011)

hari ni aku pulang ke K.L dengan menaiki bas pukul 1.30pm... terima kasih banyak2 kt saruan sebab tolong hantar aku ke stesen bas Larkin, ada rezeki kita jumpa lagi ok.... dalam pukul 6.30pm aku sampai kat stesen bas sementara Bukit Jalil.. lepas tu aku terus shoot ke stesen LRT pegi Masjid Jamek than ambik pulak PUTRA pegi ke stesen Universiti, andy suruh tunggu kat sini sebab dia yang datang ambik aku.... dalam pukul 12tgh malam aku dengan andy bergerak keluar dari rumah, kitorang park kereta kt Pantai Hill Park mengunggu izawaty datang ambik kitorang, lepas tu ambik siti ainon kat Bandar Tasik Selatan, maka bermula la perjalanan menuju ke Kelantan melalui Pahang & Terengganu, nama pun jalan2 so ikut je la jalan 2 negeri nih... aku bertukar2 driver dengan andy... memang kami x tidur dalam perjalanan tu, happy sangat la kononnya... aku pulak first time nak ke Kelantan ni, dah la satu negeri ni je yang aku x pernah jejak lagi kat Malaysia ni....

Khamis (3/2/2011)

dalam pukul 1.30pm baru la kami betul2 sampai kat rumah Kak Lin di Kota Bharu setelah melalui perjalanan yang 'sangat' menceriakan kami.... kat Kota Bharu ni kami tumpang tinggal kat rumah Kak Lin sekeluarga, terima kasih banyak2 ye atas kemurahan hati akak dan suami, budi baik akak sekeluarga hanya Tuhan saja yang mampu membalasnya..... ok sambung balik, lepas mandi2, makan2 kitorang dibawak keluar pegi kilang tempat ukir2 kayu kepunyaan ayah Kak Lin, study visit ok!! jangan main2.. lepas tu kami ke Pasar Siti Khadijah untuk beli2 makanan nak bawak balik KL, lepas tu terus ke Pantai Cahaya Bulan, orang cakap pantai ni wajib kena pegi kalau datang ke Kelantan ni so kitorang pun xnak melepaskan peluang jugak la kan.... dah habis tangkap2 gambar kt pantai tu kitorang pegi makan kt area Kota Bharu jugak kot sebelum pulang ke rumah untuk rehat... tengah malamnya kitorang keluar balik pegi ke Wakaf Che Yeh, ala2 Uptown la kalau kat KL nih......

Jumaat (4/2/2011)

pagi ni kitorang breakfast kat kedai bersama Pn. Kesom, salah seorang ex-colleague kitorang.... dah habis breakfast, kitorang terus pegi ke Rantau Panjang... hari ni andy yang drive, aku pulak dah mula rasa panas2 badan, kacau betul..... seterusnya kitorang ke Pengkalan Kubur, lebih kurang jugak la dengan Rantau Panjang suasananya, tempat orang membeli belah...... dah habis pusing2 tu kitorang dibawa pula ke Pantai Sri Tujuh, ekspresi aku pada waktu ini very the teruja sebab tengok pantai yang best bila dengar bunyi ombak menghempas pantai ( chewaaahhh poyo2...... ) kira dah lewat petang tu baru la kami beransur pulang ke Kota Bharu....

sesampainya di rumah Kak Lin suhu badan aku terus naik, aku dah mula rasa panas2 lebih... memang sangat mengganggu mood bercuti aku waktu itu memandangkan kitorang kena berangkat pulang ke KL malamnya jugak sebab andy ada hal pada keesokkan harinya.... lebih kurang pukul 12.00am kitorang bergerak pulang dengan dipandu oleh andy sambil ditemani izawaty yang begitu setia menemani andy sampai la ke KL disebelahnya... aku pulak ditemani siti ainon yang setia menjaga ku hahaha, terima kasih siti ainon... aku betul2 rasa bersalah sebab boleh terdemam pulak masa tu dan x dapat nak jadi driver gantian... jangan marah aaa geng...

Sabtu (5/2/2011)

pukul 6.00am sampai la kitorang ke Kuala Lumpur, masa ni andy bawak ikut Gua Musang sebab tu cepat sampai.... pegi hantar siti ainon dulu kat rumah dia, masa ni aku x sedar langsung sebab tengah syok meliuk lentok tidur.... pukul 6.30am macam tu kitorang sampai kat Pantai Hill Park tempat andy park kereta dia, time ni baru la aku tercengang2 tersedar dari tidur, itu pun orang yang kejutkan, terima kasih pada iza sebab sudi bagi pinjam kereta abang dia bawak kitorang pegi Kelantan, terima kasih kat abang iza jugak sebab bagi pakai kereta dia..... aku tumpang andy balik lepas tu, ingat dia terus hantar ke rumah, tengok2 dia pi singgah kat klinik kat Palm Spring, dia suruh aku pegi check memandangkan dia, iza dengan siti ainon tengok aku macam x bole blah je.... dah settle semua tu baru la dia hantar aku pulang ke rumah, lebih kurang 7.++ baru aku sampai ke rumah... terima kasih andy kerana sudi hantar aku.....

sekian saja pengalaman2 yang mampu aku ceritakan.... ni dah macam report je nih..... xpe kalau sudi nak baca, baca je.... kalau x sudi, tengok je sudah ayat2 itu....... ok sekian terima kasihhhhh....

p/s : next trip?..... erm, cadangnya Redang Island... mintak2 la x demam lagi masa ni nanti... amiiiinnnnn......



sekeping gambar je cukuppp....

Monday, September 27, 2010

Akan Ku Jumpa


Ku mengatur langkahku
Berjalan tanpa bayang-bayangMu
Langit dan bumi setia menemaniku
Matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diriMu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan ku temui

Ku takkan pernah cuba berhenti
Langkahku mencari cinta
Yang ku tahu hanya untuk diriku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akan ku jumpa diriMu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

Ku lihat semua gembira
Bila mengenali erti cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin teman untuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
Mataku kabur mencari
Hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
Untuk mengejar diriMu


:- ku harap kau tahu...

Monday, September 20, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

assalamualaikum....

rasanya masih belum terlambat lagi untuk aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir & batin kepada yg mengenali diri ini terutama sekali :-

> keluarga
> ibubapa
> rakan2 sepejabat
> rakan2 seperjuangan
> awan yang tak bisa digapai..........


Sunday, June 13, 2010

Dear God...

A lonely road, crossed another cold state line
Miles away from those I love
Purpose hard to find
While I recall all the words you spoke to me
Can't help but wish that I was there
Back where I'd love to be, oh yeah

Dear God the only thing I ask of you
Is to hold her when I'm not around
When I'm much too far away
We all need that person who can be true to you
But I left her when I found her
And now I wish I'd stayed'
Cause I'm lonely and I'm tired
I'm missing you again, oh no
Once again

There's nothing here for me on this barren road
There's no one here while the city sleeps
And all the shops are closed
Can't help but think of the times I've had with you
Pictures and some memories will have to help me through, oh yeah

Dear God the only thing I ask of you is
To hold her when I'm not around, When I'm much too far away
We all need that person who can be true to you
I left her when I found her
And now I wish I'd stayed'
Cause I'm lonely and I'm tired
I'm missing you again oh no
Once again

Some search, never finding a way
Before long, they waste away
I found you, something told me to stay
I gave in, to selfish ways
And how I miss someone to hold
When hope begins to fade...

A lonely road, crossed another cold state line
Miles away from those I love
Hope is hard to find

Dear God the only thing I ask of you is
To hold her when I'm not around,
When I'm much too far away
We all need the person who can be true to you
I left her when I found her
And now I wish I'd stayed'
Cause I'm lonely and I'm tired
I'm missing you again oh no

Once again...